PENGENALAN
Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Keusahawanan boleh didefinasikan sebagai keseluruhan sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan seseorang itu mampu bahkan cekap untuk mencari, mengenal dan merebut peluang dan menterjemahkannya kepada strategi-strategi dan usaha-usaha perniagaan untuk faedah ekonomi dan keuntungan.
Pada abad ke-21 ini, keusahawanan perlu
berhadapan dengan perkembangan teknologi serta perubahan era globalisasi yang
semakin pesat. Terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh seorang
usahawan pada abad ini bagi menjadikan usahawan tersebut lebih berdaya saing
dan berdaya mampan serta membolehkan seseorang usahawan itu mendapat kelebihan
persaingan berbanding dengan usahawan lain.
Terdapat sepuluh ciri-ciri dan profil
usahawanan pada abad ke-21. Antaranya adalah dapat melihat dan mengambil
peluang, mempunyai maklumat, kreatif dan inovatif, mempunyai visi, berfikiran
yang bebas, berdaya maju, optimistik, bertindak sebagai inovator, mengambil
risiko yang diperhitungkan dan akhir sekali adalah sifat kepimpinan.
CIRI-CIRI DAN TOKOH USAHAWAN PERTAMA
KECEKALAN
Usahawan yang berjaya perlu sentiasa
bersabar dan konsisten dengan apa yang dilakukan. Untuk menjadi usahawan
terulung, kita perlu mengamalkan sikap tidak mudah berputus asa dan sentiasa
cekal dalam menjalankan apa sahaja perniagaan yang kita usahakan.
Memetik contoh terbaik, kita boleh
teladani usahawan atas talian Malaysia yang kini sedang melonjak naik bersama
produknya sendiri. Beliau merupakan pengasas Dianz Legacy, Puan Nurul Diana
binti Mohd Pudzi yang kini menjadi antara usahawan yang berjaya di Malaysia.
Anak didik kepada Doktor Azizan Osman, iaitu sifu pemasaran terkemuka di Negara
kita ini kini sudah mempunyai deretan produknya yang tersendiri yang sering
menjadi tumpuan orang ramai malahan turut menjadi bualan kebanyakan gadis
mahupun jejaka di Malaysia.
Produk
anak kelahiran Perak ini termasuklah Floral Mask, Nano Lightener dan Dianz
Vitamin. Produk-produk ini bukan sahaja popular malahan turut mempunyai kesan
yang terbaik bagi si pemakai apabila mereka konsisten dan yakin dengan
penggunaannya. Hal ini dapat dibuktikan dengan respons dan testimoni berjaya
dari pengguna-pengguna produk Dianz. Produk yang mengutamakan kesihatan tubuh
badan serta muka ini mendapat perhatian seluruh penduduk Malaysia dan
kemuncaknya pada Disember 2014 apabila Dianz Legacy berjaya mencapai sasaran
jualan bersih sebanyak RM1 Juta dan jualan bersih sebenar syarikat ini ialah RM2.8 Juta.
Kejayaan ini bukanlah datang bergolek. Kesusahan dan kepayahan perlu diharungi
oleh pengasas Dianz Legacy sebelum beliau meraih kejayaan sebegini.

GAMBAR 2 : FLORAL MASK
Kecekalan Nurul Diana jelas dapat
dibuktikan apabila beliau hanya bermula dengan menjual produk orang lain semasa
beliau masih belajar. Dengan keuntungan yang agak memberansangkan, pengasas
produk Dianz ini mencapai tekad mewujudkan produk kesihatan jenama sendiri.
Beliau menghasilkan produk pertamanya iaitu Floral Mask. Selama tiga bulan
memasarkan produk tersebut, Floral Mask tidak mendapat sambutan seperti yang
dijangkakan. 1000 tiub Floral Mask yang dihasilkan berkulat kerana tiada yang
ingin membeli. Bak kata pepatah, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya
hujan di tengah hari.
Namun begitu, kegagalan memasarkan
produk sendiri tidak menjadi pematah semangat untuk Nurul Diana meneruskan
perniagaannya. Beliau bangkit mengkaji kembali kelemahan dirinya. Beliau akui
ilmu perniagaannya belum lagi cukup dalam aspek pemasaran. Pengasas kepada
Dianz Vitamin ini dengan azam yang tinggi pergi menghadiri seminar Doktor
Azizan Osman, seorang yang pakar dalam bidang pemasaran demi menajamkan ilmu
beliau demi menjual produknya.
Dengan hatinya yang cekal dan ilmu
yang semakin mantap, 1000 tiub Floral Mask keluaran bulan pertama melonjak
kepada 10 000 tiub Floral Mask dalam masa hanya satu minggu. Dan kini, Dianz
Legacy sudah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah setaraf dengan
syarikat-syarikat perniagaan yang Berjaya di Malaysia.
Perniagaan secara atas talian terutamanya
di laman sosial Facebook ini kini mempunyai berpuluh-puluh stokis dan pengedar
yang bernaung di bawah satu bumbung iaitu Dianz Legacy. Nurul Diana sangat
mementingkan kejayaan para stokis dan pengedarnya. Beliau sering mengadakan
pertemuan bersama mereka untuk mengetahui perkembangan perniagaan masing-masing
dan nasihat-nasihat yang boleh dikongsi bersama.
OPTIMISTIK
Dato’ Haji Ramly mempunyai ciri usahawan yang optimistik iaitu sentiasa
berfikiran kehadapan dan positif terhadap tindakan yang diambil oleh beliau.
Pada mulanya, perniagaan tersebut menemui kegagalan kerana permintaan terhadap
burger yang kurang memberangsangkan daripada pelanggan. Seperti yang kita
ketahui, rakyat Malaysia lebih gemar makan nasi dimana nasi merupakan makanan
ruji daripada burger. Oleh itu, beliau tidak bersikap pesimis terhadap sebarang
kesulitan dan kesempitan yang dihadapinya malah semakin bersemangat dan
bersikap positif untuk meneruskan perjuangannya.
GAMBAR 5 : DATO’ HAJI RAMLY
Optimistik adalah apa yang
diperlukan bagi seorang usahawan untuk memulakan sesuatu yang baru. Ia
memberikan mereka peluang untuk meyakinkan orang lain agar percaya kepada
kemampuan mereka. Semangat yang ada pada Dato’ Haji Ramly ini sangat kuat
apabila beliau dari jatuh beliau bangkit sehingga berjaya dan terkenal serta
mempunyai syarikat yang kukuh. Produk berjenama Ramly kini begitu
unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa sesuai dengan
slogannya, “Pastikan Ramly, baru beli”.
Dato’ Haji Ramly bin Mokni merupakan
pengasas kepada Burger Ramly yang merupakan syarikat burger bumiputera dan
namanya tidak asing lagi di pasaran Malaysia kerana mudah didapati di tepi
jalan dan restoran. Menurut
Dato' Ramly, perniagaannya bermula secara kecilan di rumah sendiri. Pada tahun
1978, Malaysia terpaksa berdepan dengan isu berkaitan daging lembu yang
diimport. Umat Islam di Malaysia pada ketika itu, mempunyai masalah dalam
mengenal pasti sama ada daging yang diimport adalah halal atau haram.
Dato’ Haji Ramly seterusnya berpeluang untuk melibatkan diri
dalam industri pembuatan makanan beku dan kemudiannya memutuskan untuk
menghasilkan burger daging lembu sendiri dengan modal awal sebanyak RM2 000
sahaja. Beliau dilihat sangat berfikiran kehadapan dengan keputusan yang diambil.
GAMBAR 6 : BURGER RAMLY
Burger Ramly diasaskan pada tahun
1979 manakala Syarikat Ramly Burger telah ditubuhkan pada 13
Julai 1984. Ia lebih menumpukan kepada pemprosesan dan pembuatan produk makanan
seperti daging, ayam dan juga produk makanan laut dan frankfurter. Berkat
kesungguhan beliau, akhirnya syarikatnya telah berjaya berkembang. Ramly Food
Processing Sdn. Bhd, Ramly Mokni Marketing Sdn. Bhd, Ramly Supermart Sdn. Bhd
dan Ramly Mokni Bakery Sdn. Bhd adalah contoh anak-anak syarikat miliknya.
Berkat dari ciri-ciri optimistik yang ada pada diri beliau, Dato’ Haji Ramly
telah memenangi tiga kali Anugerah dari Bank Pembangunan, "Anugerah Projek
Terbaik" (1982), "Pembangunan Pelanggan Anugerah" (1984) dan
"Anugerah Usahawan Jaya" (1992).
CIRI-CIRI DAN
TOKOH USAHAWAN KETIGA
BERKEYAKINAN
TERHADAP KEBOLEHAN DIRI
Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman
merupakan seorang usahawan muda yang berjaya yang dilihat mempunyai ciri
usahawan iaitu berkeyakinan terhadap kebolehan diri. Yakin terhadap kebolehan diri bermaksud usahawan mempunyai pendirian
dalam membuat sebarang keputusan. Seperti yang dilihat, Dato’ Aliff Syukri
sendiri yang mempromosikan produk yang diasaskan oleh beliau di pasaran dengan
tagline nya sendiri iaitu ‘terlajak laris!’. Walaupun begitu, terdapat pelbagai
komen dan kritikan serta pandangan negatif orang ramai terhadap cara beliau
mempromosikan produk tersebut. Namun, ia sama sekali tidak mematahkan semangat beliau untuk terus
mempromosi produk tersebut. Kebolehan beliau bercakap dan mepromosikan
produknya ternyata lain dari yang lain dan dapat mempengaruhi pelanggan untuk
membelinya.
GAMBAR 7 : DATO’ ALIFF SYUKI BIN KAMARZAMAN
Kini, kita dapat
lihat Dato' Aliff Syukri muncul di kaca-kaca televisyen, radio serta akhbar dan
majalah untuk mempromosi produk-produk serta berkongsi rahsia kejayaan beliau.
Keyakinan terhadap kebolehan, keupayaan, dan kemampuan diri amatlah penting
untuk menjamin kejayaan perniagaan yang diasasnya.
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman.
merupakan pengasas kepada produk kosmetik dan kesihatan, D’Herbs Holdings (M)
Sdn. Bhd. Beliau berkahwin dengan Datin Nur Shahida Mohd Rashid dan dikurniakan
3 orang anak. Selain itu, beliau juga merupakan anak kedua kepada pengasas
produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim. Beliau mendapat gelaran Dato’
seawal usia 23 tahun. Penglibatan Dato’ Aliff Syukri dalam dunia perniagaan
wujud sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan akhirnya
membuahkan hasil yang lumayan kini.
GAMBAR 8 : PRODUK KOMESTIK DAN KESIHATAN D’HERBS
Pada peringkat awal pengenalan
jenama D’Herbs ini, pelbagai kerja dilakukannya sendirian termasuk mengelilingi
Malaysia untuk tujuan promosi. Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk
menjadi pemandu dan ejen pemasaran. Beliau tetap percaya dan yakin bahawa
produknya akan berjaya dimana D’Herbs merupakan produk yang mampu dimiliki oleh
setiap lapisan masyarakat.
Produk-produk dihasilkan di
kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn BhD'Herbs kini telah
menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di
Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma
D'Herbs di Kota Damansara. D’herbs Holdings (M) Sdn Bhd juga telah terpilih
untuk menerima anugerah ‘Putra Brand Awards 2015 Bronze’.
CIRI-CIRI DAN TOKOH USAHAWAN KEEMPAT
KERAJINAN, KOMITMEN, KEAZAMAN
DAN KETABAHAN
Setiap daripada kita walaupun sekali dalam
seumur hidup pastinya pernah menggunakan kasut berjenama Bata yang sememangnya
cukup terkenal sebagai satu jenama kasut yang mampu dimiliki. Tahukan anda
siapa pengasas Bata?
Pengasas syarikat Bata ialah
Tomas Bata anak kelahiran Zlin,
Czechoslovakia. Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab membina dan memajukan jenama Bata
sebagai satu jenama yang unggul di dunia. Namun malangnya beliau telah
meninggal pada tahun 1932 kerana kemalangan pesawat akibat cuaca buruk.
Jenama Bata sendiri telah melalui sejarah
yang panjang sebelum menjadi satu jenama yang gah dan dikenali hampir seluruh
dunia. Jenama Bata mula dikenali di Malaysia apabila
kedai Bata pertama di negara ini dilancarkan pada 1930 di bangunan Capitol,
Singapura. Lima tahun kemudian, kilang kasut Bata ditubuhkan di Klang, Selangor
untuk pasaran dalam dan luar negara. Bersama-sama
dengan ahli keluarganya, Anna dan Antonin Bata, mereka bertanggungjawab kepada
penubuhan syarikat ini yang kini menjadi satu fenomena dalam industri kasut.
GAMBAR 11 : CONTOH KEDAI KASUT BERJENAMA BATA
Pada permulaanya, mereka hanya
beroperasi di sebuah ruang kecil dengan tenaga kerja hanya seramai 4 orang.
Namun, hasil keazaman yang tinggi dan komitmen yang sepenuhnya, kilang Bata
yang pertama telah dibina pada 1900. Berkat kerajinan beliau, perniagaan kasut
Bata semakin menguntungkan sehinggalah syarikat tersebut telah mengeluarkan
lebih 2 juta pasang kasut dalam setahun melalui
5,000 orang pekerja ketika Perang Dunia pertama berlangsung.
Walau bagaimanapun, perniagaan beliau diuji dek tunggakan hutang yang banyak sehinggalah beliau terpaksa mengurangkan pengeluaran untuk menjimatkan kos. Bagaimanapun di bawah kepimpinan Tomas, beliau banyak memperkenalkan revolusi baru dalam bidang pengurusan kilang serta banyak mempelajari teknik pengurusan dari pengeluar kereta terkenal Amerika Syarikat (AS), Henry Ford. Berkat ketabahan beliau dalam menghadapi krisis ini, syarikat Bata telah keluar dari ‘zon gelap’ dan telah menjadi pengeksport utama kasut di dunia.
Sehingga kini syarikat ini menjual
sebanyak satu juta kasut sehari, mempunyai pekerja seramai 40,000 orang,
mempunyai 4,600 kedai di seluruh dunia di lebih 50 negara serta memiliki 40
kilang di 26 buah negara. Sejumlah 14 bilion pasang kasut pula telah dijual dan
dipakai oleh penduduk di serata dunia sejak dari awal
penubuhanya sehingga kini.
DORONGAN KE ARAH KEJAYAAN
Noor Neelofa Binti Mohd Noor atau
lebih dikenali sebagai Neelofa bukan lagi nama baru dalam kalangan artis
Malaysia. Anak kelahiran negeri Kelantan ini bukan sahaja aktif dalam bidang
pengacaraan dan lakonan, malah beliau juga disenaraikan antara usahawan yang
berjaya. Jenama tudung Neelofa yang dikenali sebagai Nealofar Hijab telah
mendapat tempat di hati pengguna sejak dari awal pengeluarannya lagi.
GAMBAR 12 : NOOR NEELOFA BINTI MOHD NOOR
GAMBAR 13 : TUDUNG NEELOFA
Perniagaan yang pada mulanya hanya secara
atas talian dan di bazar itu terus berkembang dan kini produk Naelofar Hijab
sudah dieksport ke lebih 30 buah negara termasuk Singapura, Brunei, London,
Australia, Belanda dan Amerika Syarikat. Malah, Neelofa turut berhasrat untuk
mengukuhkan lagi empayar perniagaan di arena antarabangsa dengan menubuhkan
syarikat serantau pertamanya di New York, Amerika Syarikat.
Sikap Neelofa yang mempunyai
semangat dan keupayaan untuk maju ke hadapan ini bukan sahaja menjadikan beliau
sebagai usahawan, malah turut disenaikan sebagai jutawan muda di negara ini.
Media antarabangsa BBC melaporkan, jenama tudung miliknya meraih jualan RM50
juta pada tahun 2015 iaitu dua kali ganda jumlah sasaran asal yang mana jumlah
tersebut hasil jualan secara atas talian sahaja.
Dorongan untuk berjaya dalam diri
beliau akhirnya membuahkan hasil apabila Neelofa menerima anugerah ikon wanita
sempena anugerah ‘Tribute To Women’ Malaysia 2016 oleh Raja Permaisuri Agong,
Tuanku Hajah Haminah. Beliau juga berazam untuk menjadikan jenamanya sebagai
jenama hijab nombor satu dunia.
Sesuai untuk semua peringkat usia,
Nealofar Hijab direka bagi menampilkan hijab sebagai pemakaian yang moden,
bergaya dan mudah bagi wanita yang berkeyakinan tinggi. Neelofa juga
menjelaskan bahawa jenama tudungnya itu sentiasa
mengeluarkan produk-produk baharu mengikut peredaran semasa supaya momentum
penjualan tidak berada di takuk yang lama. Malah, Nealofar Hijab juga mempunyai
wakil-wakil jualan di London dan Istanbul. Sebagai seorang yang bercita-cita
besar, Neelofa turut memberitahu hasratnya untuk meneroka pasaran di Timur
Tengah.
Dorongan untuk berjaya yang tinggi
dalam diri beliau dibuktikan lagi apabila Neelofa menceburi pelbagai bidang perniagaan
antaranya adalah kanta lekap dengan jenama Lofalens, kasut dengan jenama
LofaHeels dan produk minuman kesihatan BellaVita.
CIRI-CIRI
DAN TOKOH USAHAWAN KEENAM
KESUNGGUHAN
Walter Elias Disney dilahirkan pada 5 Disember 1901. Minatnya yang mendalam terhadap seni dan lukisan amat jelas kelihatan. Dia mula melukis dan menjual beberapa lukisan dan lakarannya pada jiran tetangga seawal umurnya 7 tahun di mana bermulanya segalanya.
Ketika menghadiri McKinley High School di Chicago, dia mengalihkan perhatian kepada lukisan dan fotografi, di samping menyumbang kepada sekolah. Pada waktu malam, dia mengembangkan kebolehan lukisan beliau dengan menghadiri Akademi Seni Halus. Ia juga adalah jelas bahawa dia benar-benar menikmati alam semula jadi dan hidupan liar. Oleh kerana mendapat galakkan daripada ibu dan abangnya Roy, dia mula untuk membangunkan dan memupuk lebih jauh bakat beliau untuk melukis. Pada satu ketika, Walt telah diupah untuk bekerja di akhbar Kansas City Star. Beliau kemudian telah dipecat dari kertas untuk "kekurangan kreativiti" beliau. (Tahun kemudian, The Walt Disney Company akan membeli ABC yang dimiliki The Kansas City Star.) Bukankah itu ironis?
Kemudian, beliau meneruskan kerjaya dalam seni komersil, khususnya animasi. Beliau mula menghasilkan filem pendek untuk perniagaan tempatan di Kansas City, tetapi apabila dia mencipta apa yang dikenali sebagai "Alice Comedies", tentang seorang gadis hidup dalam dunia animasi, duit mulai berkurang dan syarikat beliau mula menjadi muflis. Tetapi Walt tetap tidak mengalah. Beliau bertekad untuk mula dari bawah semula dan berhijrah ke West Hollywood. Ketika itu beliau berumur hanya 21 tahun.
Selepas ujian dan seksaan, dengan wang yang sangat sedikit, kegigihan Walt adalah berbaloi apabila kemahiran animasi beliau dipilih oleh industri perfileman pada tahun 1928. Oleh itu, Mickey Mouse dilahirkan. Steamboat Willie adalah kartun bunyi pertama disegerakkan. Hal ini mendorong beliau untuk terus berjaya hingga ke Technicolor. Beliau memegang paten selama 2 tahun dan pada masa yang sama membuat secara eksklusif dan meningkatkan kartun warna.
Di kemudian hari, sesuatu tragedi telah melanda. Pada tahun 1938, ibunya meninggal dunia akibat kelemasan, disebabkan oleh relau yang rosak di rumah di mana Walt dan abangnya Roy telah beli untuk ibu bapa mereka. Kematian ibunya akan menghantui mereka untuk sepanjang hidup.
Kemudian, terdapat Perang Dunia II. Ini memerlukan Walt, dan Burbank Studio yang baru dibangunkan, untuk menyerlahkan bakat beliau pada pengeluaran latihan dan propaganda filem untuk angkatan tentera. Walaubagaimanapun, Walt masih mampu untuk mencari masa untuk membuat filem komedi pendek, yang dihasilkan untuk orang awam dan anggota tentera, untuk membangkitkan semangat.
Akhirnya, pada tahun 1955, impiannya menjadi kenyataan, walaupun taman yang dicadangkan pada asalnya ditolak oleh bandar Anaheim, berdasarkan pemikiran mereka bahawa ia akan menarik "riff-raff". "Tempat paling bahagia di bumi" seperti yang dikenali hari ini, dibuka kepada jumlah sebanyak $ 17 juta dolar. Pada peringkat pertama, menganjurkan hiburan dan taman tema dilahirkan. Terima kasih kepada Walt Disney, berjuta-juta orang dari seluruh dunia dapat menikmati satu atau dua hari, dan berkelakuan seperti seorang kanak-kanak, sama ada anda adalah remaja atau kanak-kanak, dan sedar bahawa ada sesuatu yang boleh dikatakan untuk impian yang besar dan ketawa yang kuat.
GAMBAR 14 : WALTER ELIAS DISNEY
BIOGRAFI TOKOH USAHAWAN BERJAYA
NAMA
|
TAN SRI MOKHZANI BIN
MAHATHIR
|
UMUR
|
54 TAHUN (JANUARI
1961)
|
WARGANEGARA
|
MALAYSIA
|
NILAI KEKAYAAN
|
US$ 1.2 BILION (2014)
|
IBU DAN BAPA
|
TUN MAHATHIR MOHD DAN
SITI HASMAH MOHAMAD ALI
|
SUMBER HARTA
|
PERNIAGAAN GAS DAN
MINYAK
|
STATUS
|
BERKAHWIN DAN
MEMILIKI 5 ORANG ANAK
|
LATAR BELAKANG TOKOH
Beliau merupakan anak kedua dari
kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Siti Hasmah
Mohamad Ali. Beliau lahir pada Januari 1961 dan kini beliau berusia 54 tahun.
Seperti adiknya, beliau menunjukan minat dalam bidang perniagaan sejak dari
kecil. Beliau menunjukkan yang amat tinggi dalam bidang petroleum dengan
menyambungkan pelajarannya dalam Bachelor of Science in Petroleum Engineering
di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Beliau menubuhkan sebuah syarikat
pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and
Gas service provider,IT,automotif dan hartanah.Sebelum ini beliau pernah bekerja
sebagai ‘wellsite operations engineer’ di Sarawak Shell Berhad. Selepas itu, beliau
beralih kearah perniagaan dengan penubuhan syarikat tersebut. Beliau sekarang
merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia dengan mempunyai
asset kekayaan yang dianggarkan bernilai sebanyak 1.2 billion USD.
Untuk menjadi seorang usahawan yang
berjaya, seseorang individu mestilah memiliki ciri-ciri yang sepatutnya ada
dalam diri seorang usahawan. Tan Sri Mokhzani Mahathir mempunyai ciri-ciri yang
telah menyebabkan beliau menjadi seorang tokoh usahawan yang terkenal dan
termasyhur di Malaysia mahupun dalam bidang minyak dan gas. Antara ciri yang
terdapat dalam diri tokoh ialah perasaan ingin tahu, melihat dan merebut
peluang, menggunakan strategi-strategi pengaruh, keyakinan diri, lokus kawalan
dalaman dan banyak lagi.
1.
PERASAAN
INGIN TAHU
Beliau telah menerapkan
ciri ini dalam diri beliau untuk menjadi sepertimana beliau berada sekarang.
Bagi manusia, perasaan ingin tahu merupakan satu ciri yang amat penting dalam
diri setiap individu. Dengan lahirnya persaan ini, ia kan membantu seseorang
untuk berusaha mendapatkan kepastian tentang apa yang ingin diketahui. Tan Sri
telah menunjukkan sifat ingin tahu beliau tentang minyak dan gas dengan
menyambungkan pelajaran beliau dalam bidang tersebut. Persasan ingin tahu
inilah yang telah membawa beliau kearah perniagaan minyak dan gas yang terbesar
di negara ini. Tanpa ciri ini dalam diri individu, ia akan mengurangkan
semangat seseorang untuk mencari atau berusaha untuk mendapatkan maklumat
tentang sesuatu perkara dan akan melahirknan seseorang yang kurang
berpengetahuan.
2.
MELIHAT
DAN MEREBUT PELUANG
Ini merupakan salah satu ciri yang amat
penting bagi sseseorang usahawan. Tanpa kemahiran merebut peluang seseorang
keusahawan akan ketinggalan dan kurang berjaya.Beliau merupakan seorang yang
berkemahiran dalam merebut peluang dengan mengambil peluang membuka perniagaan
dalam bidang yang beliau mahir. Dengan ilmu yang beliau ada dalam bidang
petreoleum, beliau telah membuka sebuah perniagaan tersebut yang telah menjadi
perniagaan terbesar di Malaysia.
3.
KEYAKINAN
DIRI
Sepertimana yang
diketahui, keyakinan diri amat penting untuk melahirkan individu yang cemerlang.
Tanpa keyakinan diri,seseorang individu tidak akan berjaya dan meneruskan apa
yang telah diimpikannya. Dengan keyakinan diri yang amat tinggi, beliau telah
menyandang pelbagai jawatan yang tinggi. Beliau telah dilantik sebagai Ahli
Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan
Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga telah dilantik menjadi ahli Jawatankuasa
Imbuhan SapuraKencana Petroleum. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Pilihan dan ahli Jawatankuasa Imbuhan Kencana Petroleum. Dengan
keyakinan diri yang ada dalam diri beliau telah membuatkan beliau dipercayai
orang untuk menyandak jawatan-jawatan yang besar.
4.
LOKUS
KAWALAN DALAMAN
Lokus kawalan dalaman merupakan
kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan dirinya tanpa dipengaruh oleh
faktor luar. Ciri ini jarang lahir dalam diri individu tanpa dibentuk dan
dipraktikkan.Beliau memang menunjukkan ciri ini dalam diri beliau dengan
meninggalkan kerja sebagai wellsite operations engineer di Sarawak untuk
menceburi bidang perniagaan. Tanpa lokus kawalan dalaman yang tinggi dalam diri
beliau, beliau tidak akan berani mencuba untuk berubah arah dan mungkin tidak
berjaya sepertimana sekarang.
5.
MENGGUNAKAN
STRATEGI-STRATEGI PENGARUH
Seperti yang diketahui,
beliau mempunyai latar belakang keluarga yang terkenal di Malaysia.Beliau telah
menggunakan pengaruh ini dengan sangat baik untuk membuka sebuah perniagaan
petroleum terbesar di Malaysia. Pandai meggunakan pengaruh amat penting bagi
melestarikan sebuah impian menjadi kenyataan. Beliau amat mahir dan bijak untuk
mengatur strategi dalam perniagaan beliau yang membuat beliau berjaya ke tahap
yang lebih tinggi.
Kesimpulannya, selain daripada
tokoh-tokoh yang telah disebut di atas, iaitu Pengasas Dianz Legacy, Puan Narul
Diana binti Mohd, Dato’ Haji Ramly, Dato’ Aliff Syukri Bin Kamarzaman, Tomas
Bata, Noor Neelofa binti Mohd Noor, Walter Elias Disney dan juga Tan Sri
Mokhzani Bin Mahathir, juga adalah lagi beribuan usahawan yang ada di Malaysia
dan di dunia ini. Mereka mempunyai cara mereka untuk beroperasi perniagaan
mereka sehingga membawa kejayaan.
Sebagai seorang usahawan yang berjaya,
tidak semestinya mereka perlulah memiliki semua ciri-ciri yang perlu ada
sebagai usahawan. Setiap usahawan mesti mempunyai ciri-cirinya tersendiri untuk
mencapai kejayaan mereka. Sebelum seorang usahawan berjaya, mereka pun pernah
menghadapi pelbagai rintangan. Setiap usahawan mempunyai perbezaan dengan
individu yang lain. Mereka yang memiliki pengalaman dan pengetahuan dapat
mereka melihat, menganalisis dan merebut peluang-peluang perniagaan yang tidak
dapat dilihat oleh orang lain.
Usahawan yang berjaya bukan sahaja
hanya memenuhi kehendak mereka dengan mengaut keuntungan yang besar tetapi juga
perlulah menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan usahawan menghulurkan
tangan terhadap mereka. Kewujudan usahawan dapat memajukan ekonomi negara kita
dan juga menaikan taraf hidup masyarakat.
RUJUKAN
Carian
melalui internet:
- Pengasas Dianz Legacy;
- Tan Sri Mokhzani Mahathir;
- Dato’ Aliff Syukri;
- Dato’ Haji Ramly bin Mokni;
- Tomas Bata;
- Neelofa;
Top 10 Casinos with Bonuses and Rewards by Real Players at Lucky Club
ReplyDeleteDiscover the top 10 casino sites that give players luckyclub bonus money and rewards. Play slots, table games and more. ✓ Get Free Spins Welcome Bonus.